Thursday, July 29, 2010

Drupal.. Ala2 JOomla

Joomla, serius cakap aku tak pernah pun pakai sebelum ni, apatah Drupal lagi aku tak pernah dengar!!

logo Joomla!


Akhir semestar lepas, awal 2010, waktu hari pertama aku masuk company Medialab Studio, tugasan pertama yang aku terima ialah buat Sistem Alumni untuk POLISAS dan aku diarahkan untuk menggunakkan Drupal sebgai engine.

Dan tempoh perasmian adalah 1 MINGGU DARI SEKARANG???!!!


So, dengan serabut tahap gaban aku cubalah sedaya upaya study Drupal( bende yang mmg tak terlintas kat otak aku nak belajar), dan 1 minggu berlalu maka terlancarlah Sistem Alumni POLISAS dan aku terharu kt wktu perasmian tu sebab 1WEEK beb!! 1 WEEK untuk belajar cms baru ni, jadi secara ringkasnya Drupal merupakan satu Content Management System(cms) yang mudah dipelajari.

TETAPI, Drupal masih terdapat beberapa problem, contohnya MASS MAIL, yang menyebabkan aku terpaksa mencari abis kesemua forum untuk menyelesaikan problem ini, and thank to GOD, sekarang ini Sistem Alumni POLISAS dah sempurna. (walaupun terdapat beberapa masalah; dari segi update dan client)

logo Drupal



Thursday, March 12, 2009

Multimedia Individual Project

Pada semestar 2/tahun 1, 2008, kelas kami di beri satu projek untuk membuat satu application untuk membantu para ibubapa dan guru2 dalam mengajar kanak-kanak dalam subjek matematik.

Projek ini mestilah :
  • menggunakan Microsoft Power Point
  • ada audio, animasi, text, video(elemen2 dalam multimedia)
  • mengajar nombor, kira2 secara asas dari operasi tambah sehingga bahagi.
Projek ini diberi ketika awal semestar, tetapi menjadi satu trend bagi mahasiswa2 untuk menyelesaikannya di akhir tarikh hantar.. bukan apa, ini untuk melatih otak kita untuk bersedia menghadapi alam pekerjaan di mana kita menerima banyak tugasan di saat2 akhir... huhu

p/s... tolong jangan amalkan ini...

Jadi, aku menyelasaikannya ketika study week, iaitu selama seminggu dan perubahan terakhir iaitu penambahan operasi bahagi dan darab di malam terakhir sebelum hantar(terlupa..hehe).
Tetapi, projek ini mengajar aku untuk menyelesaikan sesuatu tugasan lebih awal dari tarikh penghantaran..

Why I make this blog?

Setiap benda yang kita buat mesti ada motif, betul x?

So, motif blog ini adalah untuk memaparkan semua assignment, projek dan apa2 yang aku pernah buat(berkaitan dengan komputer) dan juga sebagai satu backup data. Ini kerana aku pernah kehilangan beberapa projek disebabkan data corrupt(waa~). Jadi, baik aku backup data di internet, dan alang2 baik aku paparkan projek aku kat umum.

Tapi, janganlah berharap sangat kat projek2 aku ini, sebab aku ini x de lah terer sangat. Jadi aku harap2 kan komen2 yang membina (please2) untuk aku meningkatkan lagi prestasi aku.